.jpg)
Tajuk Filem : Khazanah Negara (2007)
Sipnosis :
Menceritakan kazanah hutan dara Malaysia yang mengandungi pelbagai rahsia dan keajaiban. Menerangkan pokok pokok herba dan tumbuhan seperti Tongkat Ali, Janggut Tok Adam, Ubi landak, Rancang Besi,Derhaka Mertua dan lain lain lagi yang mempunyai khasiat tersendiri.
Sebab ditolak : Tiang konkrit yang dipegang bukan khazanah.

Tajuk Filem : Aku ker Dia Handsome (2004)
Sipnosis :
Cerita yang berkisarkan dua orang pemuda yang sedang menawan hati seorang wanita. Penuh dengan adengan muslihat,hasutan,tomahan dan pransangka buruk. Dapat salah seorang dari mereka berjaya memikat hati wanita tersebut.
Sebab ditolak : Orang pasti dah tahu siapa yang dapat menawan hati wanita tersebut. Salah ambik pelakon ...
.jpg)
Tajuk Filem : Jiranku Seorang Pencuri (1997)
Sipnosis :
Seorang pemuda yang hidup melarat ingin mengubah nasib hidupnya dengan beranggapan mencuri dapat mengatasinya. Kegiatannya amat licik dan senyap sehinggakan jiranya sendiri tidak sedar barangnya dicuri.Akhinya perbuatannya dapat diketahui oleh jiran. Saksikan filem ini dan ketahui apa barang yang dicurinya.
Sebeb ditolak : Gambar cover waktu siang.
Tajuk Filem : Dukun Songsang (1995)
Sipnosis :
Sebuah kampung mempunyai seorang dukun yang tinggal bersendirian. Banyak diperkatakan oleh orang kampung tersebut tentang belaan dukun terbabit, namum dukun ini menyimpan seribu kisah misteri dan tragis yang masih belum diketahui seluruh kampung.
Sebab ditolak : Banyak kemeyan digunakan. Asap tidak terkawal.
Tajuk Filem : No War No Terrorist (2002)
Sipnosis :
Diambil dari kisah benar dan diolah menjadikan ia sebuah filem yang amat menarik. Revolusi yang berlaku telah menemukan dua orang pemuda dari negara lain untuk bergabung menumpaskan kejahatan. Banyak rintangan yang terpaksa mereka tempohi untuk membebaskan negara dari musuh. Apakah mereka berjaya melaksanakan misi mereka....
Sebab ditolak : Jalan cerita yang membosankan kerana asyik bersembunyi...
Tajuk Filem : Aku yang tertewas (1991)
Sipnosis :
Pengembaraan sedih yang dialami oleh seorang remaja ketika ia sedang mencari erti hidup di dunia. Bermula dari kebencian dan penderaan oleh keluarga angkat akhirnya ia membawa diri jauh dari mereka dan bermulalah kisah suka dan duka remaja terbabit. Apakah nasib remaja itu sama sama kita tontoni...
Sebab ditolak : Cover citer macam mat dadah ajer...
.jpg)







No comments:
Post a Comment