Friday, February 16, 2007

Farewell Dinner: Ybhg. Dato' Nordin Baharuddin


Pada 17 December 2006 yang lalu pihak syarikat PLSB telah mengadakan Farewell Dinner untuk Ybhg. Dato' Nordin Baharuddin iaitu bekas Pengerusi Lembaga Pengarah PLSB bertempat di Hotel Pelangi Beach & Spa Resort. Turut menghadiri majlis ini adalah semua ahli Lembaga Pengarah PLSB, Pengurus Besar LADA, Pengurus Besar PLSB serta tidak lupa para kakitangan PLSB. Gambar menunjukkan Ybhg. Dato' Nordin Baharuddin sedang memberi ucapan serta berkongsi pengalaman beliau sepanjang beliau bersama PLSB termasuk pengalaman 'jungle trekking' bersama beberapa pekerja PLSB.


Serius ! En Dohat Saad membaca doa bagi memulakan majlis. Aminnn...


Pengurus Besar PLSB En. Sarjankan sedang menyampaikan kata- kata aluan pada majlis tersebut.


Cenderamata disampaikan oleh Pengurus Besar PLSB En Sarjankan kepada Ybhg. Dato Nordin Baharuddin sebagai tanda terima kasih pihak syarikat kepada beliau yang selama ini menjadi tulang belakang untuk memajukan lagi syarikat kita. Kepada Ybhg. Dato Nordin kami ucapkan jutaan terima kasih diatas tunjuk ajar dan nasihat yang disampaikan.


Sebahagian staff wanita yang menghadiri majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua yang menjayakan majlis yang meriah ini.


Dua senyuman masih belum mampu menundukkan senyuman En. Kamarul..orang kata oldtimer selalunya mengancam...terbukti.


Roy : Apa lagi nak sedihkan khalil..yang pergi tu biarlah pergi..
Khalil : Bukan aku sedih pasal tu laa..semalam kata nak suruh
aku menyanyikan lagu tapi yani bagitahu nama aku kena
potong...ishh...isshhh


I just call to say i love u..i just call to say how much i care
kalau masuk Malaysian Idol mesti lawan punya....suara power.


Dahlah tu jangan nangis tadi abang Tawil cari Tipah merata tempat tapi Tipah tak ada..tu yang abang Tawil naik nyanyi sorang sorang bila dah habis nyanyi baru Tipah datang bukannya abang Tawil tak nak ajak Tipah...

No comments: