Tuesday, February 13, 2007

Kursus CWorks Plus

Pada 12 & 13hb telah berlangsung kursus untuk C Works Plus yang dapat mengaturkan semua dokumen dokumen seperti checklist,work order, purchase order,report dan banyak lagi. Program yangberlangsung selama 2 hari nie sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman dan cara perlaksanaannya. Tenaga pengajar dari CWORKS SYSTEM BERHAD Pn. Hasrina Abdul Halil telah dijemput datang untuk menjayakan program ini. Terima kasih kepada Panorama Langkawi Sdn Bhd kerana memberi kepercayaan kepada staff untuk mempelajari dan mempraktikkannya dimasa hadapan. Peserta yang hadir ialah Kamarul, Hafizam, Raime, Zaidi, Hussainy, Nasrol, Hisham, Puzi, , Nazirua, Suriani, Amran, dan Yuslihisyam.


Para peserta sedang menumpukan perhatian kepada setiap penerangan yang disampaikan walaupun masing masing menongkat dagu macam tak paham ajer.


Terkilan kerana tak dapat jawab soalan yang mudah.


Dua raut wajah yang berbeza..si roy berjaya menjawab soalan yang susah manakala hus pulak tidak berpuas hati kerana jawapan yang diberi tidak bersangkut paut tentang apa yang dipelajari.


Suriani juga tak berpuas hati kerana Nazirua sedang menyembunyikan kertas jawapan yang ditulis...( tak dapat tiru )

Klik untuk tengok Video

"Untuk pengetahuan semua kursus yang diadakan adalah wajib keatas setiap staff yang terlibat meskipun jatuh pada hari cuti...staff tersebut mestilah hadir dan ganti cuti akan diberi...Hr."

No comments: