Friday, February 9, 2007

Lawatan TNB Malaysia,Thailand dan Indonesia


Pada 7-02-2007 seramai 25 orang pelawat hadir terdiri daripada negara Thai dan Indonesia berkenaan Solar Hybrid di Langkawi Cable Car. Kunjungan ini diketuai oleh Cik Farrah yang berkhidmat dengan TNB Distribution (M) serta beberapa orang kanan yang lain. Taklimat ringkas disampaikan oleh Hafizam berkenaan sistem Solar Hybrid. Langkawi Cable Car menjadi tempat pertama yang diperkenalkan oleh TNBES. Kita patut berbangga kerana Panorama Langkawi Sdn Bhd dipilih menjadi tempat paling popular untuk memperlihatkan teknologi ini.


Hafizam sedang memberitahu cara operasi Solar Hybrid di Top Station kepada tetamu yang hadir. Penerangan yang disampaikan amat jelas dan semua hadir berpuas hati dengan sistem ini. Sesi soal jawab juga berlangsung beberapa minit sebelum kesemua tetamu ini mengakhiri lawatan di Langkawi Cable Car.


Gambar kenangan bersama pelawat dan ketua division En Rahimi

Sistem:

Normal - Solar Hybrid
Emergency - Generator
Critical - Battery

No comments: