Pada tanggal 1 FEB 2007 telah diadakan majlis bacaan Yassin yang bertempat di Base Station bersamaan hari Khamis. Semua kakitangan Langkawi Cable Car di jemput hadir termasuk pengawal keselamatan yang bertugas pada hari tersebut. Majlis juga diadakan bersempena dengan upacara penyerahan sijil kursus khidmat pelanggan yang telah diadakan di Nadias Inn. Majlis bacaan Yassin telah diketuai oleh En Dohat serta beberapa esekutif yang lain termasuk Pengurus Besar En. Sarjankan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat kerana mengadakan majlis sebegini supaya dapat memupuk lagi siratulrahim diantara pekerja dan majikan. Disamping itu juga dapat meningkatkan lagi tahap rohani dan jasmini setiap staff. Majlis juga turut diadakan jamuan makan yang telah disediakan. Terima kasih juga kepada ajk yang terlibat iaitu Zaidi,Raime,Shiela dan Rosmani kerana berusaha untuk menjayakan majlis tersebut. Terima kasih.
En Sarjankan menyerahkan sijil penyertaan kepada para peserta yang terlibat. Pada masa yang sama Rosmani telah dipilih untuk menjadi pekerja terbaik untuk bulan December. Tahniah kepada beliau dan semoga terus berusaha lagi kuat untuk mencatatkan nama sekali lagi. Haslina juga menerima sijil penyertaan dari En Sarjankan.
Bagi bahagian teknikal juga tidak ketinggalan untuk mengikuti kursus tersebut bagi meningkatkan lagi jati diri dan keyakinan diri masing masing. Bai adalah salah seorang staff teknikal yang menerima sijil penyertaan dari En Sarjankan. Rata rata bila ditanya akan mengatakan program ini amat sesuai dan bagus sekali. Terima kasih kepad pihak syarikat keran mengadakan aktiviti sedemikian rupa.
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.





No comments:
Post a Comment