Friday, March 23, 2007

Perlawanan Bola Sepak


Pada 22/03/2007 bertempat di Sek. (J) Cina Chung Hwa pasukan bola sepak Cable Car telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Oldtimer Lubuk Setul dengan mengekalkan permain permain yang berkaliber. Acara ini telah dijadikan acara bulanan bagi staff teknikal.
Sebahagian pemain yang cuba mengatur strategi permainan dan ada jugak yang sempat mengaturkan kembali pernafasan setelah berlari keliling padang untuk mendapat bola.

Para penyokong yang datang sempat memberi kata kata semangat kepada pemain selama beberapa minit sehingga pihak lawan berjaya mendahului jaringan kemudian semua buat hal masing masing...macam takada perlawanan hari tu...

Walaupun kalah 4-1 kami berjaya mengekalkan tradisi untuk menduduki tangga naib johan dalam semua perlawanan yang diharungi dari mula sehingga sekarang..Tahniah kepada semua pemain dan penyokong yang terlibat....Apapun semuanya terhibur dan gembira kerana dapat berkumpul beramai ramai .....
( cuba lagi masa akan datang )

Kreativiti Pengunjung


Hasil kerja yang kreatif dari pengunjung serta pelusuk dunia untuk menghias sebahagian tiang jambatan di Top Station. Kita dapat melihat berbagai nama dan tempat serta waktu yang ditulis ketika pengunjung cuba mengabadikan percutian mereka.


Batu juga menjadi mangsa hasil kerja seni ini. Kalau kita pikir secara ringkas mesti kita cakap vandalism tapi bila kita pikir betul betul dan ambil yang positif kita akan tahu bahawa mereka semua ingin memberitahu pada orang lain bahawa mereka juga pernah suatu ketika dulu datang ke Langkawi Cable Car..

Kalau kita baca rata rata cuba mencatatkan memori bersama keluarga,rakan dan kekasih...boleh dikatakan kebanyakkannya adalah pelancong luar negara hanya sedikit sahaja pelancong dalam negara...

Ada jugak cadangan dari staff yang terlibat untuk mengecat semula tiang ini memberi pendapat untuk meletakkan sekeping papan untuk dijadikan tempat pelancong menulis memori mereka..saya rasa satu cadangan yang bagus dan kita dapat melihat betapa pelancong pelancong ini mungkin terdesak untuk mengabadikan memori mereka jadi tak hairanlah kalau mereka menulis di kawasan yang tak sepatutnya....
Kepada para pengunjung Langkawi Cable Car kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana berusaha memberitahu kami dan pengunjung yang lain tentang kehadiran mereka disini walaupun terpaksa menggunakan pelbagai kaedah seperti menggunakan pen,pisau,kayu dan batu...anyway thanks for decoration at Top Station...
( kalau sediakan pen warna mesti lagi bestkan )

Tuesday, March 20, 2007

Iklan Nissan

Disebabkan kereta syarikat Nissan so nie adalah satu iklan nissan yang saya rasa begitu menarik animasinya..tengok ajerlah

Fakta Langkawi

Pulau ini tercipta 500 juta tahun, iaitu pada zaman Cambrian. Pada zaman itu, sebuah benua besar bernama Gondwana yang terletak di Kutub Selatan, berpecah menjadi cebisan tanah yang kecil kini boleh dijumpai di empat tempat di bumi, iaitu Afrika, Autralia, India, dan Langkawi. Banjaran Gondwana terletak di barat daya Langkawi. Pembentukan batu Gondwana yang menakjubkan menunjak tinggi berdekatan Tanjung Batu, berdirinya gunung-ganang Mat Chinchang yang meliputi sebahagian daripada Banjaran Gondwana.

Langkawi umpama mutiara yang baru dijumpai oleh kerajaan Malaysia . Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.

Gugusan Pulau Langkawi terletak di sebelah barat negeri Kedah dan Perlis , Semenanjung Malaysia . Pulau Langkawi di perairan Selat Melaka, betul-betul berhampiran dengan mulut Selat Melaka, Laut Andaman di sebelah Barat Laut dan Lautan Hindi di sebelah Barat. Di seberang pulau Langkawi ialah pulau Sumatera di Indonesia.

MENCIPTA SEJARAH DI PULAU LEGENDA - LANGKAWI GEOPARK

"....tiada yang lebih utama dan lebih penting bagi Langkawi sekarang selain LANGKAWI GEOPARK. Agenda ini akan disusul secara agresif dan dipromosikan dalam setiap peluang dan kesempatan di dalam dan luar negara...LANGKAWI GEOPARK akan menjadi yang terbaik di dunia dan akan menjadi contoh kepada semua geopark lain di dunia..."
Dato' Kamarulzaman Abdul Ghani Pengurus Besar LADA

Langkawi Geopark wujud pada 31 Mei 2006, setelah Kerajaan negeri Kedah mendengar taklimat dan pembentangan oleh LADA-UKM dan bersetuju mengenainya. Jemaah Pengarah LADA yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri/Menteri Kewangan mengiktiraf Langkawi Geopark pada 6 Oktober 2006 dalam Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil2/2006 di Putrajaya.

UNESCO (badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Pendidikan dan Sosial) merupakan sebuah badan antarabangsa yang berwibawa dan dikenali masyarakat dunia. Pengiktirafan Langkawi Geopark di dalam senarai geopark dunia di bawah UNESCO secara langsung menjadikan Langkawi Geopark terkenal dan membuka ruang pertukaran maklumat dan kerjasama di kalangan geopark-geopark dunia di negara-negara lain.

Kenapa LADA sebut 99 dan bukan 104 pulau
Semata-mata gimik untuk tujuan promosi pelancongan. Lebih menarik, mudah dan mengagumkan bila disebut 99. Ia berkait dengan keagungan nama tuhan melalui Asma' ul Husna.

Apa yang menarik di Langkawi Geopark
Pelbagai jenis batu dan formasi batu (geologi). Pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan (biodiversiti-flora dan fauna, laut dan darat). Pemandangan laut dan pantai yang cantik dan mempersonakan. Terdapat tiga Taman Georimba di dalamnya. Pertama, Machinchang Geoforest Park merupakan kawasan kambria (450-550 juta tahun), batu tertua dan bukti sejarah asal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.
Geoforest Park Kilim memaparkan landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca. Geoforest Park Dayang Bunting Marble mengetengahkan marmar antara yang terbaik di dunia. Tasik Dayang Bunting terbentuk daripada sebuah gua.

Pertama di dunia, terdapat sebuah geopark berstatus pulau bebas cukai dan pusat bermulanya pembentukan Malaysia dan Asia Tenggara, 550 juta tahun dahulu Cambria Machinchang serta Alam semula jadi yang lengkap, meliputi geologi dan biodiversiti unik dan unggul.

Menarikkan kalau kita tahu tentang langkawi nie......

Lambat Update

Sori pasal dah hampir sebulan blog nie tak update sebab aku bagi driver teksi kuala kedah handphone secara percuma..ermmm semua gambar dan video berkenaan cable car dan aktiviti riadah semuanya hancussss....so nak kena cari semula bahan bahan nak letak kat sini. Aku rasa dah ada sedikit gambar dan video untuk diletakkan dalam blog nie cuma nak edit sedikit ajer..Oklah diharap semua paham dengan masalah yang timbul..Kesulitan Amat Dikesali