Tuesday, March 20, 2007

Fakta Langkawi

Pulau ini tercipta 500 juta tahun, iaitu pada zaman Cambrian. Pada zaman itu, sebuah benua besar bernama Gondwana yang terletak di Kutub Selatan, berpecah menjadi cebisan tanah yang kecil kini boleh dijumpai di empat tempat di bumi, iaitu Afrika, Autralia, India, dan Langkawi. Banjaran Gondwana terletak di barat daya Langkawi. Pembentukan batu Gondwana yang menakjubkan menunjak tinggi berdekatan Tanjung Batu, berdirinya gunung-ganang Mat Chinchang yang meliputi sebahagian daripada Banjaran Gondwana.

Langkawi umpama mutiara yang baru dijumpai oleh kerajaan Malaysia . Terdapat 104 pulau dalam gugusan pulau Langkawi, satu pembentukan dari hanyutan benua yang membentuk Asia Tenggara. Titik tertinggi di Langkawi ialah puncak Gunung Raya yang mempunyai ketinggian 890m di atas aras laut.

Gugusan Pulau Langkawi terletak di sebelah barat negeri Kedah dan Perlis , Semenanjung Malaysia . Pulau Langkawi di perairan Selat Melaka, betul-betul berhampiran dengan mulut Selat Melaka, Laut Andaman di sebelah Barat Laut dan Lautan Hindi di sebelah Barat. Di seberang pulau Langkawi ialah pulau Sumatera di Indonesia.

MENCIPTA SEJARAH DI PULAU LEGENDA - LANGKAWI GEOPARK

"....tiada yang lebih utama dan lebih penting bagi Langkawi sekarang selain LANGKAWI GEOPARK. Agenda ini akan disusul secara agresif dan dipromosikan dalam setiap peluang dan kesempatan di dalam dan luar negara...LANGKAWI GEOPARK akan menjadi yang terbaik di dunia dan akan menjadi contoh kepada semua geopark lain di dunia..."
Dato' Kamarulzaman Abdul Ghani Pengurus Besar LADA

Langkawi Geopark wujud pada 31 Mei 2006, setelah Kerajaan negeri Kedah mendengar taklimat dan pembentangan oleh LADA-UKM dan bersetuju mengenainya. Jemaah Pengarah LADA yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri/Menteri Kewangan mengiktiraf Langkawi Geopark pada 6 Oktober 2006 dalam Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil2/2006 di Putrajaya.

UNESCO (badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Pendidikan dan Sosial) merupakan sebuah badan antarabangsa yang berwibawa dan dikenali masyarakat dunia. Pengiktirafan Langkawi Geopark di dalam senarai geopark dunia di bawah UNESCO secara langsung menjadikan Langkawi Geopark terkenal dan membuka ruang pertukaran maklumat dan kerjasama di kalangan geopark-geopark dunia di negara-negara lain.

Kenapa LADA sebut 99 dan bukan 104 pulau
Semata-mata gimik untuk tujuan promosi pelancongan. Lebih menarik, mudah dan mengagumkan bila disebut 99. Ia berkait dengan keagungan nama tuhan melalui Asma' ul Husna.

Apa yang menarik di Langkawi Geopark
Pelbagai jenis batu dan formasi batu (geologi). Pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan (biodiversiti-flora dan fauna, laut dan darat). Pemandangan laut dan pantai yang cantik dan mempersonakan. Terdapat tiga Taman Georimba di dalamnya. Pertama, Machinchang Geoforest Park merupakan kawasan kambria (450-550 juta tahun), batu tertua dan bukti sejarah asal usul bumi Malaysia dan Asia Tenggara.
Geoforest Park Kilim memaparkan landskap karst (batu kapur) yang unik dan antara yang terindah di dunia, terbentuk daripada proses hakisan dan cuaca. Geoforest Park Dayang Bunting Marble mengetengahkan marmar antara yang terbaik di dunia. Tasik Dayang Bunting terbentuk daripada sebuah gua.

Pertama di dunia, terdapat sebuah geopark berstatus pulau bebas cukai dan pusat bermulanya pembentukan Malaysia dan Asia Tenggara, 550 juta tahun dahulu Cambria Machinchang serta Alam semula jadi yang lengkap, meliputi geologi dan biodiversiti unik dan unggul.

Menarikkan kalau kita tahu tentang langkawi nie......

1 comment:

Wois said...

"Pada zaman itu, sebuah benua besar bernama Gondwana yang terletak di Kutub Selatan, berpecah menjadi cebisan tanah yang kecil kini boleh dijumpai di empat tempat di bumi, iaitu Afrika, Autralia, India, dan Langkawi."

faktar ini betul kah? Bukan 4 tempat, selatan thailand juga dijumpai cebisan tanah tersebut.....

Langkawi terdiri daripada 99 buah pulau sahaja... bukan 104

hanyutan benua membentuk Asia Tenggara? Asia Tenggara terbentuk daripada pergerakan tektonik. Hanya sedikit daripadanya terbentuk daripada hanyutan benua seperti Langkawi.