Wednesday, May 16, 2007

Lawatan Perdana Menteri

Syarikat Panorama Langkawi sangat bertuah dan berbangga sempana lawatan Perdana Menteri ke 5 Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 02-03-2005 yang turut ditemani oleh VVIP yang lain dan bekas CEO Panorama Langkawi Sdn Bhd En Ridza Abdoh dan En Yaakob serta ditemani oleh pihak pengurusan Panorama Langkawi sendiri iaitu En Sarjankan dan bekas pengurus En Azmi Saad. Jamuan makan tengah hari diadakan di Top Station sambil dihiburkan oleh artis jemputan. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri kerana sudi meluangkan masa menaiki cable car langkawi yang menjadi salah satu mercu tanda pelancongan di langkawi.


Dato' Seri sedang memperkatakan sesuatu kepada jemputan yang hadir.


En Wildan Sober menjadi tulang belakang menjayakan majlis ini..Syabas.

Jemput makan Dato' Seri......


Kegembiraan jelas terpampang oleh En Wadie kerana bergambar dengan orang no.1 Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.


Psstt...nak nyanyi lagu Negaraku ker....?

Staff Party Panorama Langkawi Sdn Bhd

Ingat lagi tak kita mengadakan jamuan untuk staff sekeluarga pada 13hb 10 2004 bertempat di kawasan letak kereta kawasan opis. Semua kakitangan syarikat bertungkulumus bagi menjayakan program ini. Pihak syarikat juga sempat mengadakan persembahan oleh staff Panorama Langkawi sendiri bagi memeriahkan lagi aturcara majlis. Terimam kasih diucapkan kepada En Bukhori dan En Mohd. Azmi iaitu bekas General Manager dan En Azmi Saad bekas Manager suatu ketika dahulu. Majlis diadakan selepas solat Maghrib dan dihentikan sementara untuk solat Isyak dan berskhir pada jam 12 malam. Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat kerana mengadakan jamuan sedemikian rupa....terimakasih.......


Kerja kerja membuat tapak persembahan yang turut diawasi oleh bomoh hujan En. Basiran


Papan tanda kontraversi yang berjaya juga dinaikan.


Staff sedang memeriksa peralatan muzik dari Zam Temonyong ( kawan En Azizan )
Kamal : Nanti bila time goreng aku ingat nak lopat atas tong speaker ok tak..?
Remy : Woii !!! tali gitar aku tak cukup ....


Hus : Karang lepas aku petik ajer tali E nie korang terus nyanyi la lala la la
Shikin : Takan la lala la ajer bunyi lain takan tak boleh...?
Amran : Nak kasi tak bunyi pun boleh....


Remy : kamal lepas nie kord apa pulak?
Kamal : Kordial Sarsi...... kah kah kah....
Hus : Pakai baju kancingnya suasa...ewaahhh
Pakai mari babalah melaka
" Woi harun yang hang menari sampai sana buat apa?
harun : Lepas angkat kaki kita terbang pulak....

Kolam Tadahan Air

Pada June 16 2005 sekumpulan pekerja telah menjalankan aktiviti membina kolam takungan diantara lembah Middle dan Top Station yang diketuai oleh En Faisal Elahi dan dibantu oleh beberapa pekerja Panorama Langkawi termasuk En Adnan Isa..


Masing masing cuba menunjukan macho semasa gambar diambil walaupun sebentar tadi ada yang mengeluh minta "nyawa"......


Tukang masak yang di import khas untuk majlis pecah tanah...En Jamadi..."Jangan lupa yer bilas 2 kali, masak 2 kali dan makan 2 kali "....


Selepas bacaan doa diadakan majlis pecah tanah bermula dan diakhiri dengan pecah peluh


Kerja kerja mengali sedang dipraktikkan oleh En Faisal dan sedang diperhatikan oleh dua org technician...
Faisal : Mcm nie orang lama berpenglaman gali...
Wadie : Dari tadi tak bergerak pun....

Saturday, May 12, 2007

Koleksi Sem Bee lan 99




Pada 12-05-07 technical staff pergi membuat servicing pamp di valley middle station labih kurang jam 2.30pm...akibat motor pam rosak setelah ditenggelami air.. kerja kerja selesai sekitar jam 5.30pm.....video diatas diambil ketika semua staff nak mandi dan berehat setelah berhempas pulas membawa motor pam seberat 50kg meneruni bukit yang agak curam....semuanya hanya lakonan nak lepaskan lelah...

Tuesday, May 8, 2007

Suatu Ketika Dulu

Pada 27-08 2005 kawasan Oriental Village dan Panorama Langkawi telah mengalami air melimpah dari kawasan bukit disebabkan hujan lebat yang berterusan.

Sekitar kawasan kedai yang turut mengalami nasib yang sama.

Sebahagian lagi kedai di Oreintal Village juga dinaiki air.

Office Panorama juga tidak terlepas dari ujian ini.