Errmm yang aku taknak sebut sangat takut esok esok aku sendiri pulak yang kena akibat cuai.. benda benda mcm nie yang aku takut terjadi bila nak sambung semula bekalan kuasa..setakat dah kena sewaktu kerja di K.L.. kotak tnb tepi jalan berhampiran seputih menghala ke Federal Highway kena langgar dengan orang mabuk waktu malam.Keesokan hari aku pergi buat pemeriksaan kabel tersebut..waktu tu selepas hujan..apalagi kena terus renjatan elektrik sebaik sahaja aku membetulkan semula kabel yang menggangu jalan..eerrmm sapa yang kena ajer tahu benda nie..terbayang semula kehidupan lalu depan mata..macam reverse balik memori..selepas dah melekat beberapa ketika aku terpelanting ke belakang jatuh terus diatas kaca cermin kereta yang peceh semalam..aku lihat tapak tangan aku dah jadi macam berkedut kedut seperti plastik kena api ngeri siot.. tapi tak sakit..juruteknik propel terus membawa aku pergi klinik.Dalam perjalan penglihatan mata aku sekejap hitam sekejap kuning..peluh jangan cakaplah..lepas doktor tu check aku..dia bagi 2 injection kat belakang pasti doktor india tu cakap.." Awak balik sembahyang banyak banyak sebab tak gerenti jantung aku boleh berhenti bila bila masa sahaja "..hampeh betul... sampai sekarangaku dah trauma gila dengan benda elektrik nie..
sebab tu aku tak suka sangat bila technician kita pakai baju uniform buat keje elektrik nie..kalau terbakar mesti melekat terus kat daging.. aku lebih suka kalau dia orang pakai t shirt ajer atau kain kapas...harap harap semua staff kat sini selamat dari bencana...
Sunday, October 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment