Sunday, October 12, 2008

Friday, September 26, 2008

luahan hati petang sebelum hari raya

uniform panorama langkawi sdn bhd ???

uniform asal panorama langakwi sdn bhd akan bertukar warna.... entah betul atau tidak....

apa korang pikir ????



demi tugas.......

apa kata kalau gondola kita warnakan ....



cantikkan... nampak lawa gileerrrrr.....

kete bos ....

macam mana agaknya kalau warna kereta boleh berubah ubah mesti menarik bukan....







salam aidilfitri kepada semua

Alhamdulillah bersama sama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya kita telah menempuh bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran. Harap harap puasa kita lalui tersebut akan akan digantikan dengan ganjaran yang berlipat lipat kali ganda. Nie ada video aku telah masukkan untuk tatapan semua.. aku lepas sahur seminggu sebelum Syawal tiba... eerrmm kalau ada apa yang menyinggung perasaan kat dalam tu bolehlah bagitahu... insyallah saya akan delete dan gantikan dengan yang lain... Yahooo nak RAYA DAH OOOIIIIIIiiiiii.....

Eerrrmmm….

Esok dah mula berpuasa,
Masing masing ada agenda,
Penyakit yang takda jadi ada,
Bermulalah drama atas dunia.

Macam macam alasan yang diberikan,
Tak kiralah betul ataupun rekaan,
Demi meriallisasikan satu harapan,
Agar perut tidak kelaparan,

Kalau betul takpalah jug ak,
Nie perangai macam budak budak,
Baru jam 10 pagi dah rasa nazak,
Sanggup menunggu depan kedai mamak,

Itulah sebabnya kena bersahur,
Memanglah susah sebab dah lama tidur,
Lagi dikejut lagi kuat berdengkur,
Lantaklah … biar esok kau rasa kebulur,

Datang kerja tersengeh sengeh,
Sambil disulam dengan wajah letih,
Badan mengetar dah serupa penagih,
Maklumlah waktu sahur makan tak abih,

Di tempat kerja member dah tunggu,
Mana tahu kalau ada menu yang baru,
Ahli majlis dicari satu persatu,
Kalau nak makan bagi duit dulu,

Semua dirancang mengikut waktu,
‘port makan’ dah dapat kelmarin dulu,
Tempat mandi kawanan dah menunggu,
Boleh masuk rancangan Bersama mu,

Waktu makan sepi membisu,
Siapa yang abih kenalah tunggu,
Manalah tahu kalau ada yang lalu,
Nanti di cop tak tahu malu,

Tapi tuhan maha kuasa,
Apa yang berlaku diketahui juga,
Walaupun makan tak banyak mana,
Bila bercakap bau mulut dah boleh teka,

Sedarlah sikit kita semakin tua,
Entah esok kita akan pejam mata,
Harap harap sempatlah kita berpuasa,
Sebagai back up kita bila kat sana,

Waktu pulang memang disukai semua,
Orang rumah menunggu dengan senyum manja,
Dengar kata majikan bagi pinjaman raya,
Takdan apa apa purchase request dikeluarkannya,

Esok pula rest day menjelma,
Dah nampak kedailah tempat nak kena,
Dalam kereta sudah buat kira kira,
Aircond dah maksimum pun terasa haba,

Kalau tak beli bermasam muka,
Silap haribulan malam dapat apa apa,
Harga sebuah mcm nak beli Negara,
Nak taknak duitlah pujukannya,

Waktu pulang ada juga bertanya,
Kenapa membazir tak kena gaya,
Jawapan diberi penuh bermakna,
Cuba tengok karpet kita bulu pun dah takda,

Time berbuka dah hampir tiba,
Cuma tunggu azan bergema,
Semua juadah bersusun atas meja,
Baru terasa nikmat berpuasa,

Waktu terawikh ada yang tak kena,
Cuma pak imam dengan tok siak kelibat sahaja,
Mana pergi semua jemaah kita,
Kalau nak jumpa tunggulah more bermula,

Yang kat rumah tengah tempah baju,
Kalau boleh nak fesyen terbaru,
Semua kaler sama dari anak sampai ke ibu,
Nanti raya nampak family bersatu padu,

Sedar tak sedar esok lusa nak raya
Semua persiapan dah ready adanya,
Jiran sebelah meraung kecewa,
Jari anak tak cukup sebab mercun katanya,


Esok raya malam nie kerahan tenaga,
Semua yang lama diganti baru belaka,
Rumah buruk dah jadi istana,
Tak sabar nak tunjuk kat saudara mara,

Awal pagi dah dapat panggilan kerja,
Rasa macam nak MC serta merta,
Tapi sebab tanggungjawab kenalah terima,
Atas motor mengangis meleleh air mata,

Rasa sedih berganti gembira,
Melihat suasana riang ceria,
Sambil bersalaman maaf diterima,
Walaupun hati bersama keluarga,

Akhir kata aku ingin mengisi ruang yang ada,
Kususun sepuluh jari sebagai tanda,
Rasa penyesalan dan keinsafan turut menjelma,
Yang selama ini membuat aku serba tak kena,

Manalah tahu jika ada yang terasa,
Akan kenakalan ku terhadap semua,
Telah menjadi sikap seorang manusia biasa,
Tak boleh lari dari kesilapannya,

Aku cuba memperbaiki dengan sedaya upaya,
Biar manis dilihat indah dimata,
Walaupun pahit ku telan juga,
Asalkan manis semua turut merasa,

Kepada semua kenalan aku telah ampunkan,
Kerna apa yang berlaku aku anggap gurauan,
Langsung ku buang dari menjadi genggaman,
Agar dendam bertukar menjadi satu kenangan,

Sempena hari yang bakal menjelma nanti,
Dengan tulus ihklas dari saya sekeluarga disini,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengenali diri…..

Sunday, August 17, 2008

Thursday, August 14, 2008

enjin perkins animated



Enjin perkins animated

teambuilding 1 karaoke



Gambar dari camera seseorang... sewaktu karaoke...

Photo Teambuilding 1 Kolam



Gambar dalam kolam ketika hari ke 2.

Ah chong nyanyi ....



K role menyampaikan lagu Jeritan Batinku.. mantap peerrggGGHHHH !!!

Hus Talent.....



Sewaktu sesi karaoke...hus membuat persembahan solo julung julung kali nya...

Kumpulan Grip Force



Kumpulan Grip Force sedang berlakon untuk persembahan CLEAR OBJECTIVE... TUTUP + CUACA BURUK + CUSTOMER = (*&*^%$%##@@!#$$@ BAD WORDS^%$%##$%^$ )In Panorama Langkawi we can handle it... Take a look this video....

Harizal Akedemi Fantasia



Video diambil sewaktu sesi latihan untuk persembahan malam nanti.. Very Talented...!

Wildan Akedemi Fantasia



Gambar yang dirakam ketika sesi latihan untuk persembahan Karaoke... Seksi sioottttt.... En Wildan sori saya masukkan video nie... kalau ingankan video nie di delete sila beritahu saya...

Sunday, August 10, 2008

Video dari camera bai 3



Nie kumpulan family united membuat persembahan tentang permasalahan yang timbul dan cara penyelesaiannya....

Video dari camera bai 2



Selama bertahun IT WERKZ membuat program seperti ini dan ia adalah julung julung kalinya kumpulan MENTOS memperlihatkan LOGO kumpulan kepada orang awam.. selama ini menjadi tanda tanya....

Video dari camera bai



Video nie ehsan dari Sobri... eerrmm kita dapat tengok dari angle yang lain pulak... terima kasih bai....

Photo teambuilding 7



sumbangan ikhlas dari camera kawan kita.

Photo teambuilding 6



Gambar kenangan sekitar hari ke2 program berlangsung.

Photo teambuilding 5



gambar gambar sekitar hari ke 2 program teambuilding di Aseania..

Photo teambulding 4



OK yang nie dah masuk hari kedua sesi latihan program team building... layan ZASSSssss.....

Photo teambuilding 3



hasil sumbangan kekawan yang turut menjayakan program tersebut..

Photo teambuilding 2



Photo kenangan team building 2... maleh aku nak cerita..tengok ajerlah.....


Tarian HAKKA kumpulan MENTOS dan FAMILY UNITED sebelum acara team building dimulakan..

Photo Teambuilding sekitar program



gambar gambar kenangan semasa menghadiri kursus Unite PLSB...


ermm bermulalah sesi karaoke last program on second day.. salah seorang fasilitator akan menyanyi .... best tak ????

Karaoke part 3



masing masing tengah hafal lirik lagu yang nak disumbangkan... tengoklah masing masing punya gabra... termasuk cameraman nie.... hampeh....

Karaoke part 2

Sesi temubual bersama bakal artis malam nie... ada yang sporting dan ada juga yang tak sporting ... kita saksikan video yang telah saya sediakan nie... ZASSSsssss...

Karaoke Part 1



Makan malam sebelum acara karaoke dimulakan... sedap jugak lauk waktu waktu last mcm nie.. apa pun kita makan dulu sebelum menemuramah ahli majliss.....

Oil Rig 4



Kumpulan PLSB sesi 1 berjaya menyiapkan model yang diminta dengan masa yang diberi..
SYABAS... TANIAH..

Oil Rig 3



Eerrmm masing masing kumpulan cuba meletakan model yang dibuat atas platform kumpulan mentos.. harap harap semua ok... tiada kemalangan yang berlaku...

Oil Rig 2



Dalam proses pembikinan platform oleh kumpulan MENTOS yg diketuai oleh aziz.. walaupun ada perubahan tapi semua tu takda masalah sebab kita semua orang teknikal tapi kalau suruh masak ker jahit ker .... mau pening jugak....

Oil Rig 1



Video nie makan masa 1 jam aku maleh nak cut bagi pendek... semua cerita bersangkut paut satu sama lain.. dari mentos dan family united sampailah ker super sonic.. semuanya bersangkutan.. SORRYLAH woi kalau lambat download .. panjangkan... sabar.. terima kasih.. perlaksaan projek telaga minyak untuk negara Jepun.. eerrmm best betullah programme nie.. serabut kepala dibuatnya... hehehehe

SAMA sama...errrrmmm



Tajuk lagu MULANYA DISINI.. korang ingat tak lagu tu... sama sama menjejak mimipi.. sama sama.. eerrmm TAK SAMA PUN hang dulu aku kemudian... berterabur pitching.. keluar abis bunyi ayam,itik,angsa... apa pun semua bernyanyi bersama sama...

Magic Pole 3



Setelah masing masing pakai otak yang dianugerahkan oleh tuhan maka magic pole tadi berjaya diturun dengan selamat dan jaya.... benda senang ajer nie...

Magic Pole 2




Korang tuu.. huru hara dibuatnya...HAMPEHH !!! Bai turun bai..bai TURUN !!!! ermm kasian member aku nie sbb dia peserta favorite untuk di BAMBUU.. sabarlah bai... masing masing tengah blur....

Magic Pole 1



Nie ada satu menatang yang membuat anggota PLSB kucar kacir seketika.. terlebh dahulu penerangan diberi berulang ulang kali... NAK TURUN KEMANA? BAWAHHHH !!!! NAK TURUN KEMANA??? BAWAHHHHHHHH !!!

Jungle Trekking part5



YAHOO... !!! dah sampai dah... lega rasanya bila sampai kat tempat penamat.. letih siotttt.....hehehehe

Jungle Trekking part4



masa untuk berehat !!!... ada penerangan dari staff ASEANIA berkenaan kawasan nie.. eerrmm patutlah suruh bawa ubat nyamuk... punyalah besar nyamuk kat atas tu kecik sikit langau.. boleh dikatakan masing masing cuba mengelakkan dari di suntik oleh benda alah tu.... eerrmm korang tengoklah sendiri....

Jungle Trekking part3



waktu berhenti di cabaran ke2... eerrmm dapat melepaskan lelah, semput, batuk kering dan sejenisnya...rasanya suku perjalanan dah...

Jungle Trekking part2



ok nie ada sikit masalah kesesakan dalam hutan sebab ada 'benda' yang tersangkut pastu dengan tali putus .... alahai dan bermula dugaan disini...

jungle trekking part 1



Rasanya letih jugak bila mendakikan diri memanjat bukit kecik belakang hotel tu... mcm nak putus nyawa dibuatnya.. apa pun semua peserta berjaya sampai ke keatas tanpa sebarang kemalangan.... korang dengarlah sendiri apa yang kita orang bualkan diatas...

Team building



Nie tarian HAKKA dari kumpulan super sonic dibawah pimpinan dohat... lawak giler tarian dia orang nie... yang paling aku suka ialah waktu last sekali tu... lembut ajer bunyi...khakhakhakhakhak

Team Building "HAKKA" PLSB



Nie tarian pembuka tirai sewaktu hari pertama team building sesi 04-06 August 08 di Hotel Aseania, Chenang... korang tengok ajerlah memang happy abis semua staff pada waktu nie....

Tuesday, July 1, 2008

Korang nampak tak?


gambar dirakam semasa hari maintenance kat Top Station..Eerrmm masa time gondola last nak sampai middle.. din suruh saya simpan barang barang so tanpa berlengah lagi terus saya capai beteri camera yang sedang di caj kemudian saya cuba mengambil gambar.. apa lagi wujudlah benda tu dalam gambar..lepas tu semua dah tak senang duduk... gambar budak kecik tu baru baru nie saya perasan....eerrmm yang origanal masih lagi dalam simpanan saya yang nie jamadi telah editkan gambar tu bagi terang... cuba tengok betul betul ..ada seorang pompuan dan anak kecil sedang berdiri.. ada mata bercahaya....errmm ada lagi gambar yang saya dapat ketika saya berada di pump house ada wajah dalam air... wajah harimau pada batu... seram betullah kalau korang tengok mesti......

Monday, May 19, 2008

eerrrmm dah lama

alahai nanti aku letakkan bahan bahan yang terbaru ... eerrmm panas dan sensasi....sori diatas segala yang berlaku....

Monday, March 31, 2008

Hari cerah menjadi gelap

hari ini menjadi titik sejarah hitam dalam kehidupan Panorama Langkawi Sdn Bhd. Seorang kawan dan pekerja pihak pengurusan sudah kembali mengadap Illahi. Pemergiannya amat mengejutkan kita semua. Dikala hari yang indah tiba tiba menjadi gelap gelita biar pun cerah mana sekali pun.

Hari Isnin bersamaan 31 March 2008 akan menjadi kenangan pahit kepada pihak Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd. Arwah seperti biasa menjalankan tugas pada hari tersebut memandangkan kita semua masing masing ada tugas dan sudah tentu ada sesetengah daripada kita tidak dapat melihat dan berjumpa arwah pada saat saat arwah menghembuskan nafas terakihr.

Pada masa kejadian saya berada dibawah pokok cherry berdekatan dengan cabin Alam Langkawi kira kira jam 2.18pm saya sedang menghantar sms kepada seseorang dan tiba tiba saya didatangi oleh 2 pekerja perempuan yang sedang dalam perjalanan ke cabin untuk berehat dan bersembahyang (Alam Langkawi) dengan keadaan cemas memberitahu arwah sudah terbaring 2mtr dari pintu pagar workshop. Saya dengan segera berlari ke arwah dan memanggil nama arwah secara berterusan dan pada masa yang sama saya menyuruh pekerja Alam Langkawi Sdn Bhd memberitahu kakitangan yang berada di pejabat pengurusan. Saya melihat arwah dalam keadaan kejang seperti sawan dengan mulut arwah terdapat buih dibahagian tepi saya. Selang beberapa saat En Jasri berlari memberi bantuan. Kami mengangkat arwah masuk ke workshop dan meletakkan arwah diatas kerusi panjang. Kemudian En Malek dan Puan Nurul datang memberi pertolongan dan menelefon pihak hospital.

Kami melonggarkan pakaian arwah dan mengurut anggota badan arwah..ada juga staff yang lain cuba memanggil nama arwah. Saya takpasti berapa lama kami membantu arwah..kadang kadang kami memeriksa nadi dan denyutan jantung arwah.. masih ada cuma dalam keadaan perlahan sekali denyutannya.. arwah sesekali bernafas agak perlahan.. Kemudian kami mendapati tapak tangan, kaki,bawah mata arwah semakin pucat..tubuh badan arwah semakin sejuk.. kami berbincang juga agak diberi CPR tapi setahu saya jika mangsa ada heart beat jangan sesekali melakukan CPR ini akan menyebabkan jantung mangsa akan berhenti oleh perubahan tekanan yang diberikan. Arwah juga mempunya beberapa penyakit kritikal. Saya merasakan dalam keadaan seperti ini saya merasakan CPR akan memburukkan lagi keadaan mangsa.

Dalam masa kurang sepuluh minit ambulans datang terus ke workshop dan pembantu doktor tanpa berlengah menggunakan stereoscope untuk memeriksa jantung arwah dan kemudian saya melihat pembantu doktor seperti cemas dan berkatakan sesuatu dengan agak perlahan. Pembantu doktor itu cuba memberi bantuan penafasan CPR beberapa kali ketika kakitangan yang lain sedang menguruskan kelengkapan untuk menghantar arwah ke hospital. Lebih kurang 10 minit bantuan diberikan arwah diangkat masuk kedalam ambulan dan dibawa kehospital.

Kemudian aku terima panggilan jam 3:13pm dari seseorang menyatakan arwah sudah tiada.. aku katakan pada En Hisham tentang perkara ini dan terus aku menelefon En Aziz untuk menyampaikan maksud yang sama.. pada ketika itu juga aku terus menangis dan En Hisham memujuk aku supaya bersabar sudah suratan arwah berakhir disini.

Aku sekarang merasakan amat serba salah.. adakah aku wajib melakukan CPR kepada arwah atau tidak.. aku merasakan tertekan.. mungkin jika aku melakukan CPR tadi dengan kuasa Allah Yang Maha Besar arwah akan sedar dan mungkin juga jika aku melakukan CPR tadi akan memburukan lagi keadaan arwah..aku mesti mengambil keputusan yang betul dalam soal ini. Memandangkan salah seorang staff memberitahu ada bantuan ambulans dan kecemasan berdekatan dengan Hotel Berjaya aku mengambil keputusan untuk tidak melakukan CPR.
Aku tak tahu adakah aku dipihak yang salah atau tidak.... aku tertekan.

Ketika aku pulang dari Houbor Park aku diberitahu oleh seorang staff berkenaan arwah.. kematian arwah terjadi ketika di Workshop.. Ya Allah !!! MUNGKINKAH AKU BERSALAH !!!!!! Aku bertambah tertekan dan merasakan seluruh staff menunding jari kepada aku sekarang... aku tak tahu kepada siapa lagi untuk aku mengadu...

Kepada keluarga arwah dan kawan kawan arwah yang rapat aku memohon maaf atas beberapa sebab.. aku mengucapkan takziah diatas pemergian arwah..

Dari Auf bin Malik ia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW setelah selesai shalat jenazah-bersabda: " Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka" (HR Muslim).

Al-Fatihah............

http://www.mounthira.com/learning/surah/036-yasin/?part=