Monday, March 31, 2008

Hari cerah menjadi gelap

hari ini menjadi titik sejarah hitam dalam kehidupan Panorama Langkawi Sdn Bhd. Seorang kawan dan pekerja pihak pengurusan sudah kembali mengadap Illahi. Pemergiannya amat mengejutkan kita semua. Dikala hari yang indah tiba tiba menjadi gelap gelita biar pun cerah mana sekali pun.

Hari Isnin bersamaan 31 March 2008 akan menjadi kenangan pahit kepada pihak Syarikat Panorama Langkawi Sdn Bhd. Arwah seperti biasa menjalankan tugas pada hari tersebut memandangkan kita semua masing masing ada tugas dan sudah tentu ada sesetengah daripada kita tidak dapat melihat dan berjumpa arwah pada saat saat arwah menghembuskan nafas terakihr.

Pada masa kejadian saya berada dibawah pokok cherry berdekatan dengan cabin Alam Langkawi kira kira jam 2.18pm saya sedang menghantar sms kepada seseorang dan tiba tiba saya didatangi oleh 2 pekerja perempuan yang sedang dalam perjalanan ke cabin untuk berehat dan bersembahyang (Alam Langkawi) dengan keadaan cemas memberitahu arwah sudah terbaring 2mtr dari pintu pagar workshop. Saya dengan segera berlari ke arwah dan memanggil nama arwah secara berterusan dan pada masa yang sama saya menyuruh pekerja Alam Langkawi Sdn Bhd memberitahu kakitangan yang berada di pejabat pengurusan. Saya melihat arwah dalam keadaan kejang seperti sawan dengan mulut arwah terdapat buih dibahagian tepi saya. Selang beberapa saat En Jasri berlari memberi bantuan. Kami mengangkat arwah masuk ke workshop dan meletakkan arwah diatas kerusi panjang. Kemudian En Malek dan Puan Nurul datang memberi pertolongan dan menelefon pihak hospital.

Kami melonggarkan pakaian arwah dan mengurut anggota badan arwah..ada juga staff yang lain cuba memanggil nama arwah. Saya takpasti berapa lama kami membantu arwah..kadang kadang kami memeriksa nadi dan denyutan jantung arwah.. masih ada cuma dalam keadaan perlahan sekali denyutannya.. arwah sesekali bernafas agak perlahan.. Kemudian kami mendapati tapak tangan, kaki,bawah mata arwah semakin pucat..tubuh badan arwah semakin sejuk.. kami berbincang juga agak diberi CPR tapi setahu saya jika mangsa ada heart beat jangan sesekali melakukan CPR ini akan menyebabkan jantung mangsa akan berhenti oleh perubahan tekanan yang diberikan. Arwah juga mempunya beberapa penyakit kritikal. Saya merasakan dalam keadaan seperti ini saya merasakan CPR akan memburukkan lagi keadaan mangsa.

Dalam masa kurang sepuluh minit ambulans datang terus ke workshop dan pembantu doktor tanpa berlengah menggunakan stereoscope untuk memeriksa jantung arwah dan kemudian saya melihat pembantu doktor seperti cemas dan berkatakan sesuatu dengan agak perlahan. Pembantu doktor itu cuba memberi bantuan penafasan CPR beberapa kali ketika kakitangan yang lain sedang menguruskan kelengkapan untuk menghantar arwah ke hospital. Lebih kurang 10 minit bantuan diberikan arwah diangkat masuk kedalam ambulan dan dibawa kehospital.

Kemudian aku terima panggilan jam 3:13pm dari seseorang menyatakan arwah sudah tiada.. aku katakan pada En Hisham tentang perkara ini dan terus aku menelefon En Aziz untuk menyampaikan maksud yang sama.. pada ketika itu juga aku terus menangis dan En Hisham memujuk aku supaya bersabar sudah suratan arwah berakhir disini.

Aku sekarang merasakan amat serba salah.. adakah aku wajib melakukan CPR kepada arwah atau tidak.. aku merasakan tertekan.. mungkin jika aku melakukan CPR tadi dengan kuasa Allah Yang Maha Besar arwah akan sedar dan mungkin juga jika aku melakukan CPR tadi akan memburukan lagi keadaan arwah..aku mesti mengambil keputusan yang betul dalam soal ini. Memandangkan salah seorang staff memberitahu ada bantuan ambulans dan kecemasan berdekatan dengan Hotel Berjaya aku mengambil keputusan untuk tidak melakukan CPR.
Aku tak tahu adakah aku dipihak yang salah atau tidak.... aku tertekan.

Ketika aku pulang dari Houbor Park aku diberitahu oleh seorang staff berkenaan arwah.. kematian arwah terjadi ketika di Workshop.. Ya Allah !!! MUNGKINKAH AKU BERSALAH !!!!!! Aku bertambah tertekan dan merasakan seluruh staff menunding jari kepada aku sekarang... aku tak tahu kepada siapa lagi untuk aku mengadu...

Kepada keluarga arwah dan kawan kawan arwah yang rapat aku memohon maaf atas beberapa sebab.. aku mengucapkan takziah diatas pemergian arwah..

Dari Auf bin Malik ia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW setelah selesai shalat jenazah-bersabda: " Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka" (HR Muslim).

Al-Fatihah............

http://www.mounthira.com/learning/surah/036-yasin/?part=


No comments: