Friday, September 26, 2008

salam aidilfitri kepada semua

Alhamdulillah bersama sama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmatNya kita telah menempuh bulan Ramadhan ini dengan penuh kesabaran. Harap harap puasa kita lalui tersebut akan akan digantikan dengan ganjaran yang berlipat lipat kali ganda. Nie ada video aku telah masukkan untuk tatapan semua.. aku lepas sahur seminggu sebelum Syawal tiba... eerrmm kalau ada apa yang menyinggung perasaan kat dalam tu bolehlah bagitahu... insyallah saya akan delete dan gantikan dengan yang lain... Yahooo nak RAYA DAH OOOIIIIIIiiiiii.....

Eerrrmmm….

Esok dah mula berpuasa,
Masing masing ada agenda,
Penyakit yang takda jadi ada,
Bermulalah drama atas dunia.

Macam macam alasan yang diberikan,
Tak kiralah betul ataupun rekaan,
Demi meriallisasikan satu harapan,
Agar perut tidak kelaparan,

Kalau betul takpalah jug ak,
Nie perangai macam budak budak,
Baru jam 10 pagi dah rasa nazak,
Sanggup menunggu depan kedai mamak,

Itulah sebabnya kena bersahur,
Memanglah susah sebab dah lama tidur,
Lagi dikejut lagi kuat berdengkur,
Lantaklah … biar esok kau rasa kebulur,

Datang kerja tersengeh sengeh,
Sambil disulam dengan wajah letih,
Badan mengetar dah serupa penagih,
Maklumlah waktu sahur makan tak abih,

Di tempat kerja member dah tunggu,
Mana tahu kalau ada menu yang baru,
Ahli majlis dicari satu persatu,
Kalau nak makan bagi duit dulu,

Semua dirancang mengikut waktu,
‘port makan’ dah dapat kelmarin dulu,
Tempat mandi kawanan dah menunggu,
Boleh masuk rancangan Bersama mu,

Waktu makan sepi membisu,
Siapa yang abih kenalah tunggu,
Manalah tahu kalau ada yang lalu,
Nanti di cop tak tahu malu,

Tapi tuhan maha kuasa,
Apa yang berlaku diketahui juga,
Walaupun makan tak banyak mana,
Bila bercakap bau mulut dah boleh teka,

Sedarlah sikit kita semakin tua,
Entah esok kita akan pejam mata,
Harap harap sempatlah kita berpuasa,
Sebagai back up kita bila kat sana,

Waktu pulang memang disukai semua,
Orang rumah menunggu dengan senyum manja,
Dengar kata majikan bagi pinjaman raya,
Takdan apa apa purchase request dikeluarkannya,

Esok pula rest day menjelma,
Dah nampak kedailah tempat nak kena,
Dalam kereta sudah buat kira kira,
Aircond dah maksimum pun terasa haba,

Kalau tak beli bermasam muka,
Silap haribulan malam dapat apa apa,
Harga sebuah mcm nak beli Negara,
Nak taknak duitlah pujukannya,

Waktu pulang ada juga bertanya,
Kenapa membazir tak kena gaya,
Jawapan diberi penuh bermakna,
Cuba tengok karpet kita bulu pun dah takda,

Time berbuka dah hampir tiba,
Cuma tunggu azan bergema,
Semua juadah bersusun atas meja,
Baru terasa nikmat berpuasa,

Waktu terawikh ada yang tak kena,
Cuma pak imam dengan tok siak kelibat sahaja,
Mana pergi semua jemaah kita,
Kalau nak jumpa tunggulah more bermula,

Yang kat rumah tengah tempah baju,
Kalau boleh nak fesyen terbaru,
Semua kaler sama dari anak sampai ke ibu,
Nanti raya nampak family bersatu padu,

Sedar tak sedar esok lusa nak raya
Semua persiapan dah ready adanya,
Jiran sebelah meraung kecewa,
Jari anak tak cukup sebab mercun katanya,


Esok raya malam nie kerahan tenaga,
Semua yang lama diganti baru belaka,
Rumah buruk dah jadi istana,
Tak sabar nak tunjuk kat saudara mara,

Awal pagi dah dapat panggilan kerja,
Rasa macam nak MC serta merta,
Tapi sebab tanggungjawab kenalah terima,
Atas motor mengangis meleleh air mata,

Rasa sedih berganti gembira,
Melihat suasana riang ceria,
Sambil bersalaman maaf diterima,
Walaupun hati bersama keluarga,

Akhir kata aku ingin mengisi ruang yang ada,
Kususun sepuluh jari sebagai tanda,
Rasa penyesalan dan keinsafan turut menjelma,
Yang selama ini membuat aku serba tak kena,

Manalah tahu jika ada yang terasa,
Akan kenakalan ku terhadap semua,
Telah menjadi sikap seorang manusia biasa,
Tak boleh lari dari kesilapannya,

Aku cuba memperbaiki dengan sedaya upaya,
Biar manis dilihat indah dimata,
Walaupun pahit ku telan juga,
Asalkan manis semua turut merasa,

Kepada semua kenalan aku telah ampunkan,
Kerna apa yang berlaku aku anggap gurauan,
Langsung ku buang dari menjadi genggaman,
Agar dendam bertukar menjadi satu kenangan,

Sempena hari yang bakal menjelma nanti,
Dengan tulus ihklas dari saya sekeluarga disini,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN kepada semua yang mengenali diri…..

No comments: